Masa

 

“…banyak di antara manusia yang terpedaya, sehingga menganggap waktu seperti angin lalu, tak memiliki peranan apa-apa dalam kelangsungan hidup mereka. Hanya orang yang SEDAR sahaja yang benar-benar mengerti erti sebuah waktu..”

Masa semakin suntuk. Guna sebaik mungkin.

Berubah

.

Berilah sebanyak manapun program motivasi, seminar potensi diri,
Jemputlah sehebat manapun penceramah motivasi,
Buatlah di manapun hotel, pusat konvensyen, dan pusat bina diri,
Belilah buku sehebat manapun pengarangnya, setebal manapun isinya,

Perubahan itu sebenarnya datangnya dari diri kita sendiri. – IbnuNafis

August 20, 2013Permalink 1 Comment

the Lover Obeys the One He Loves

“If you (really) love Allah, then follow me, Allah will love you…”

(surah ali-imran 3:31)

.

.

“When I forbid you to do something, avoid it. When I command you to do something, then do it as much as you are able.”

[Muslim and al-Bukhari]

July 12, 2013Permalink 1 Comment

kopiah!

.

sekiranya anda berjuang dan mendapatkan apa yang anda mahu
dan dunia menjadikan anda raja sehari
pergilah ke cermin dan tataplah dirimu.
Dengarkanlah apa yang dikatakan oleh orang dalam cermin itu.
Ia bukan bapa, ibu ataupun isterimu
yang selalu berpihak kepadamu
orang yang sangat berpengaruh terhadap dirimu
adalah orang yang menatapmu dari dalam cermin itu.
Ia adalah orang yang harus anda layani
kerana ia dan andalah yang akan menempuhi segalanya sampai akhir.
Dan anda berjaya melalui ujian terberat dan paling bahaya
sekiranya anda dan orang dalam cermin tersebut berjaya menjadi kawan.
Anda boleh sahaja menipu seluruh dunia
serta membuat semua orang bertepuk tangan.
Namun, yang anda dapatkan hanyalah sakit hati dan air mata,
sekiranya anda menipu orang didalam cermin itu!

(dale winbrow:man int the mirror)

.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”.

(Surah al-Hasyr:18)

9 Julai 2013

.

Firman Allah dalam surah Al Mukminun yang bermaksud:

“1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman

2. (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solatnya,

3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,

4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,

5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,

6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki [budak-budak belian yang didapat dalam peperangan dengan orang kafir]; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.

7. Barangsiapa mencari yang di balik itu [zina, homoseksual, dan sebagainya] Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.

8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.

9. Dan orang-orang yang memelihara solatnya.

10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,

11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya.”

.

 

Take Another Look From the Other Side

 ‘Guess if you can, choose if you dare.’ -Pierre Corneillie-

.

.

Abu Darda RA telah menjadi hakim di Damaskus. Beliau telah menangani pelbagai jenayah. Satu hari beliau mengumumkan hukuman yang dijatuhkan terhadap seorang penjenayah dan kes itu dikira selesai. Bagaimanapun beliau terdengar seseorang yang mencerca orang yang bersalah itu. Kerana mendengar cercaan itu, beliau bertanya kepada orang yang mencerca itu:

“Apakah yang engkau akan buat apabila melihat seseorang jatuh ke dalam lubang yang dalam?”

“Aku akan hulurkan tali untuk selamatkan dia”

“Oleh itu mengapa engkau tidak berusaha untuk menyelamatkan lelaki ini yang jatuh ke dalam lubang kemaksiatan?”

“Apakah engkau tidak membenci pelaku dosa ini?”

Abu Darda menjawab dengan sungguh berakhlak, “Aku bukan musuh dirinya tetapi dosanya”

.

 

BUAT BAIK SELAMA-LAMANYA

“fighting”

.

“Dulu ustaz kata jika kita buat baik pasti dibalas baik, tetapi dalam realitinya kenapa tidak? “

Saya diam.

“Saya dah lama buat baik tetapi sampai sekarang tidak dibalas baik.”

Saya masih diam. Ibu  separuh umur itu saya lihat keletihan. Bukan letih badan tetapi perasaan… Raut wajahnya suram. Sinar matanya kelam.

“Sampai bila saya nak buat baik?” asaknya lagi.

“Sampai bila-bila,” jawab saya pendek.

“Berapa lama?” tusuknya dengan soalan yang seakan sama.

“Selama-lamanya, “ jawab saya dengan nada yang sama.

“Saya kecewa. Budi tidak dibalas, kebaikan tidak dikenang.”

“Oleh siapa?” tanya saya.

“Suami dan anak-anak, “katanya terus terang.

“Setiap kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan,” tegas saya perlahan.

“Ya kah?”

“Ya. Pasti. Allah pasti membalas kebaikan sekalipun sebesar zarah. Itu janji Allah dalam Al Quran. Walaupun sekiranya anak-anak dan suami puan tidak membalasnya, Allah pasti membalasnya. Tidak di akhirat, pasti di dunia. Atau kedua-duanya sekali.”

“Payahlah ustaz kalau semuanya dibalas di akhirat… “

“Itulah iman puan. Percayalah pada Allah. Percayalah pada Hari Akhirat. Allah pasti membalas kebaikan yang kita buat di akhirat nanti.”

“Berbaloikah jika semua kebaikan hanya dibalas di akhirat?”

“Sangat berbaloi. Di akhirat balasan Allah terhadap setiap kebaikan yang kita lakukan adalah lebih baik dan lebih kekal. Malah, menurut para ulama, kalaulah kita nampak ganjaran berganda yang bakal kita nikmati di akhirat nanti nescaya kita akan meminta agar semua kebaikan yang dibuat dibalas hanya di akhirat sahaja… di dunia tidak dibalas pun tak mengapa.”

“Saya letih ustaz, “katanya terus terang.

“Membuat kebaikan memang meletihkan tetapi ganjarannya memang besar.”

“Bagaimana hendak buat kebaikan tanpa merasa letih? Maksud saya, bukan letih badan sahaja tetapi letih jiwa ustaz?”

“Buatlah kerana cinta, buatlah kerana cintakan Allah,” ulang saya.

“Jadi saya letih membuat kebaikan selama ini kerana mengharapkan kasih-sayang suami? Kerana harapkan kasih sayang anak-anak.”

Saya mengangguk perlahan. Jika kita berbuat kerana manusia, pasti ada manusia yang akan mengecewakan kita. Jangan memburu cinta manusia. Tetapi burulah cinta Allah, nescaya cinta manusia akan mengekor.  Itulah bisik hati saya. Pada ketika itu juga saya segera teringat sebuah hadis yang saya temui sejak lama dahulu. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Dia memanggil Jibrail, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Jibrail pun mencintainya, lalu Jibrail menyeru penduduk langit, “Sesungguhnya Allah mencintai si polan, maka cintailah ia.” Maka penduduk langit mencintainya, kemudian ia mendapat penerimaan di dunia.”

“Tapi ustaz, saya bukan orang baik…”

“Puan, kita buat baik bukan kerana kita sudah menjadi orang baik… tetapi itulah usaha kita untuk menjadi baik.”

“Jadi ustaz?”

“Berterusanlah kita buat baik untuk menjadi orang yang baik…” jawab saya.

“Mengapa suami kita mengecewakan?”

“Itu soalan yang sukar dijawab. Hati orang tidak dapat diduga. Kadangkala kita buat baik, dibalas baik. Ada masanya kita buat baik dibalas sebaliknya. Madu yang kita beri dibalas tuba. Jangan bergantung pada manusia kita akan kecewa.”

“Tapi hati isteri ustaz, tetap mengharap…”

“Tidak salah mengharap. Bahkan kita disuruh untuk berdoa bagi mendapat suami yang baik. Tetapi jangan bergantung semata-mata kepada suami untuk bahagia. Bergantunglah kepada Allah. Jika suami berpaling, Allah tidak. Allah sentiasa setia menunggu cinta hambaNya.”

Saya pernah menulis tentang ‘hierarki’ cinta. Jangan tersalah meletakkan keutamaan cinta. Pada seorang isteri cinta utamanya Allah, kedua Rasulullah SAW, ketiga barulah suaminya. Namun sekarang kebanyakan wanita meletakan suami sebagai cinta nombor satu, dua dan tiganya. Akibatnya, apabila suami berubah cinta, seluruh hidupnya dianggap musnah. Padahal dia sebenarnya masih mempunyai harapan. Cinta nombor satu dan duanya sentiasa ada… sentiasa, selama-lamanya!

Isteri separuh umur itu termenung. Saya pasti akalnya mula berfikir, hati dan perasaannya mula bermuhasabah dan merenung.

“Tidak ada manusia yang menyayangi puan?” suntik saya untuk ‘mengusik’ diamnya yang agak panjang.

“Er, ramai. Ibu-bapa saya sangat menyayangi saya. Begitu juga adik-beradik. Mereka sentiasa ada di sisi dalam senang dan susah.”

“Itu juga menunjukkan kebaikan yang puan lakukan telah dibalas di dunia lagi. Puan… hilang cinta suami, tetapi cinta ibu-bapa tetap ada.  Cuma kadangkala kita lupa. Akibatnya, nikmat yang ada jarang disyukuri, nikmat yang tiada sering dirisaukan. Cinta yang telah ada, kita lupakan. Cinta yang tidak ada… itu yang kita buru habis-habisan.

“Oh, saya terlupa. Saya  terlupa kelebihan yang ada pada diri ustaz. Saya hanya fokus kepada apa yang tidak ada.  Sebab itu saya jarang bersyukur. “

“Malah, apa yang puan miliki sebenarnya lebih baik. Katalah, puan tidak dapat ganjaran di dunia, insyaAllah semoga puan dapat ganjaran di akhirat.  Akhirat itu lebih baik dan kekal. Puan tidak mendapat cinta suami tetapi puan mendapat cinta Allah. Bukankah itu lebih berharga?”

“Kalau dapat…”

“Jangan pesimis. Bersangka baiklah puan. Allah mengikut sangka hambaNya. Jika kita sangka baik, Allah akan bagi baik.”

“Saya tak layak mengatakan diri ini sudah ikhlas ustaz.”

“Siapa pun tidak layak mengatakan dirinya ikhlas. Ikhlas itu rahsia dalam rahsia Allah. Namun apabila ditanya, apakah kamu seorang yang ikhlas? Maka jawablah dengan pasti, saya sedang sedaya upaya berusaha untuk ikhlas!”

“Orang yang sedang berusaha untuk ikhlas tidak gembira ustaz?”

“Di jalan ikhlas, kegembiraan ada di sepanjang jalan, bukan hanya di hujung jalan,” kata saya.

“Jadi kalau saya belum gembira ustaz?”

“Mungkin kerana puan sudah berhenti berjalan!”

Saya tersenyum. Teringat satu ungkapan yang pernah memberi aspirasi ketika diri sendiri pernah mengalami perasaan yang sama: Sekalipun sudah berada di jalan yang benar, tetapi apabila kita berhenti berjalan, kita akan digilis dari belakang. Ya, hidup umpama mengayuh basikal, selagi tidak berhenti mengayuh selagi itulah kita tidak akan jatuh. Berbuat baik itu adalah tugas selama-lamanya, sampai bila-bila.

 

sumber:genta-rasa.com:

Kisah Sufi Zun-Nun Al-Misri

.
.
.
Beberapa waktu yang lalu, di Mesir hidup seorang sufi yang masyhur bernama Zun-Nun. Seorang pemuda mendatanginya dan bertanya : “Tuan, saya belum faham mengapa orang seperti anda mesti berpakaian apa adanya, amat sangat sederhana. Bukankah di zaman yang ini berpakaian baik amat perlu, bukan hanya untuk penampilan namun juga untuk tujuan banyak hal lain.”
Sang sufi hanya tersenyum, ia lalu melepaskan cincin dari salah satu jarinya, lalu berkata : “Sahabat muda, akan kujawab pertanyaanmu, tetapi lebih dahulu lakukan satu hal untukku. Ambillah cincin ini dan bawalah ke pasar di seberang sana. Cubalah, bolehkah kamu menjualnya seharga satu keping emas”.
Melihat cincin Zun-Nun yang kotor, pemuda tadi merasa ragu dan berkata : “Satu keping emas ? Saya tidak yakin cincin ini bisa dijual seharga itu”. “Cubalah dulu sahabat muda. Siapa tahu kamu berhasil”,  jawab Zun-Nun.
Pemuda itu pun bergegas ke pasar. Ia menawarkan cincin itu kepada pedagang kain, pedagang sayur, penjual daging dan ikan, serta kepada yang lainnya. Ternyata, tak seorang pun berani membeli seharga satu keping emas. Mereka menawarnya hanya satu keping perak.
Tentu saja, pemuda itu tak berani menjualnya dengan harga satu keping perak. Ia kembali kepada Zun-Nun dan memberitahunya : “Tuan, tak seorang pun yang berani menawar lebih dari satu keping perak”.
Sambil tetap tersenyum arif Zun-Nun berkata : “Sekarang pergilah kamu ke tokoh emas di belakang jalan ini. Cuba perlihatkan kepada pemilik tokoh atau tukang emas di sana. Jangan buka harga. Dengarkan saja, bagaimana ia memberikan penilaian”.
Pemuda itu pun pergi ke toko emas yang dimaksud. Ia kembali kepada Zun-Nun dengan raut wajah yang lain. Ia kemudian memberitahu : “Tuan, ternyata para pedagang di pasar tidak tahu nilai sesungguhnya dari cincin ini. Pedagang emas menawarnya dengan harga seribu keping emas. Rupanya nilai cincin ini seribu kali lebih tinggi daripada yang ditawar oleh para pedagang di pasar”.
Zun-Nun tersenyum simpul sambil berkata : “Itulah jawapan atas pertanyaanmu tadi sahabat muda. Seseorang tak boleh dinilai dari pakaiannya. Hanya “para pedagang sayur, ikan dan daging di pasar” yang menilai demikian. Namun tidak bagi “pedagang emas”. Emas dan permata yang ada dalam diri seseorang, hanya dapat dilihat dan dinilai jika kita mampu melihat ke kedalaman jiwa. Diperlukan kearifan untuk menjenguknya. Dan itu perlu proses dan masa, wahai sahabat mudaku. Kita tak dapat menilainya hanya dengan tutur kata dan sikap yang kita dengar dan lihat sekilas. Seringkali yang disangka emas ternyata loyang dan yang kita lihat sebagai loyang ternyata emas.”