Hujan

IMG-20130815-WA0011

Hari in 9 Februari 2016. Masa berlalu begitu pantas. Kadangkala hidup ini terasa sangat unik. Kagum dengan susunan Dia.

February 9, 2016Permalink 2 Comments

ahlen ya ramadhan!

 “Apabila datangnya Ramadan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” 

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

.

“…kalau nak pergi haji ada kursus haji, nak kawen ada kursus pra-perkahwenan kenapa bila nak sambut ramadhan tak ada persiapan…” -suara seorang ustaz di corong radio.

“…mudah-mudahan puasa tahun ini lebih hebat dari tahun lepas…” – ustaz di kaca tv.

“…ini la masa untuk mendapatkan berat badan yang ideal…” – penjual produk kesihatan.

“…keuntungan tahun ini pasti lebih memberangsangkan…” – perniaga bazar ramadhan.

“…bulan ni jimat giler duit…” – pelajar dalam kampus

“…berapa ramai kawan-kawan aku dah tak dapat rasa puasa tahun ni…” – seorang atuk di masjid

.

Moga Ramadhan tak berlalu dengan sia-sia. sabar la shazni~

 

.

“Berapa ramai orang yang berpuasa, mereka tidak mendapat apa-apa daripada puasa mereka kecuali lapar dan dahaga.”

kopiah!

.

sekiranya anda berjuang dan mendapatkan apa yang anda mahu
dan dunia menjadikan anda raja sehari
pergilah ke cermin dan tataplah dirimu.
Dengarkanlah apa yang dikatakan oleh orang dalam cermin itu.
Ia bukan bapa, ibu ataupun isterimu
yang selalu berpihak kepadamu
orang yang sangat berpengaruh terhadap dirimu
adalah orang yang menatapmu dari dalam cermin itu.
Ia adalah orang yang harus anda layani
kerana ia dan andalah yang akan menempuhi segalanya sampai akhir.
Dan anda berjaya melalui ujian terberat dan paling bahaya
sekiranya anda dan orang dalam cermin tersebut berjaya menjadi kawan.
Anda boleh sahaja menipu seluruh dunia
serta membuat semua orang bertepuk tangan.
Namun, yang anda dapatkan hanyalah sakit hati dan air mata,
sekiranya anda menipu orang didalam cermin itu!

(dale winbrow:man int the mirror)

.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”.

(Surah al-Hasyr:18)

Take Another Look From the Other Side

 ‘Guess if you can, choose if you dare.’ -Pierre Corneillie-

.

.

Abu Darda RA telah menjadi hakim di Damaskus. Beliau telah menangani pelbagai jenayah. Satu hari beliau mengumumkan hukuman yang dijatuhkan terhadap seorang penjenayah dan kes itu dikira selesai. Bagaimanapun beliau terdengar seseorang yang mencerca orang yang bersalah itu. Kerana mendengar cercaan itu, beliau bertanya kepada orang yang mencerca itu:

“Apakah yang engkau akan buat apabila melihat seseorang jatuh ke dalam lubang yang dalam?”

“Aku akan hulurkan tali untuk selamatkan dia”

“Oleh itu mengapa engkau tidak berusaha untuk menyelamatkan lelaki ini yang jatuh ke dalam lubang kemaksiatan?”

“Apakah engkau tidak membenci pelaku dosa ini?”

Abu Darda menjawab dengan sungguh berakhlak, “Aku bukan musuh dirinya tetapi dosanya”

.

 

Amanah + Tanggungjawab + Keberkatan

.
  1. Dengan amanah manusia merasai tanggungjawab. Bukankah kerja juga satu amanah.
  2. Andai pelajar mengabaikan pelajarannya. Ibu ayah mengabaikan anak-anaknya. Suami mengabaikan isterinya.
  3. Apakah jawapan yang terbaik untuk dijawab kepada Pemberi Amanah nanti?
  4. Diberi amanah dibebani tanggungjawab. itulah manusia.
  5. Bila tertunai tanggungjawab lahirnya keberkatan.
  6. Jangan merungut duit gaji mengalir laju hilang. Andai keberkatannya tak pernah diletakan pada tahap pertama.

 

 

 

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi

tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan dan bintang-bintang

dan gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari

manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya

dan maksiatnya) dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka dia tidak akan beroleh

sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya. 

Al-Hajj 22:18

Alhamdulillah.

Pelbagai maklum balas dari pelbagai lapisan masyarakat saya terima selepas misi Pulau Cocos yang lalu.

Maaf kadang kala agak kelu untuk menjawab email tuan-tuan sekalian.

Soalan yang terlalu bombastik menguatkan lagi azam untuk terus berkhidmat kepada masyarakat. Saya budak baru belajar.

Tiada istilah ‘menggantung pedang’ selagi nyawa dikandung badan.

terima kasih semua.

Doakan!

Bukan Apa Yang Dilihat, Tetapi Bagaimana Melihatnya

“Sistem nilai diri menentukan sama ada mata kita mata lebah atau mata lalat”

Seorang nyonya tua melintas jalan memikul bakul yang penuh dengan ubi kayu. Badannya bongkok terserlah beban beratnya ubi kayu yang dipikul. Berseorangan tanpa berteman. Mengusap peluh yang mengalir laju dari dahi yang berkedut.

“Kesian aku tengok nyonya tu. Dah tua pun masih buat kerja berat lagi. Mana pergi anak dia. Tak patut betul anak dia biar ibunya buat kerja teruk macam ni,” ujar Ehsan kepada Taufiq.

“Itu pandangan mata kau. Tapi pada mata aku. Ada suatu yang kita perlu belajar daripada hidup nyonya tu. Walaupun dia dah tua, tetapi sikap dia yang tidak meminta-minta kepada orang lain.

Mungkin itu yang diajar oleh masyarakat Cina.

Bekerja hingga ke hujung usia.

Lagipun dalam agama kita sendiri, kerja dan urusan dunia tidak terpisah dari perihal akhirat. Bukankah jika kita bekerja sehingga akhir usia dalam keadaan mencari rezeki yang halal dan hasilnya disalurkan kepada yang perlu itu satu ibadah.

Cuma orang kita yang selalu sangat membahagikan usia mereka kepada tempoh kerja dan tempoh ibadah. Lalu akhirnya wujud pemikiran ‘beribadah selepas pencen’,” hurai Taufiq dari sudut pandang agama yang amat positif.

“Tak terfikir pulak aku. Yang aku nampak hanya negatif saja. Yang buruk saja mata aku menangkap,” Ehsan tunduk malu dengan gaya pandang negatif ia melihat sesuatu peristiwa.

“Tidak mengapa…cara manusia melihat itu berbeza. Aku melihat dari sudut yang lain. Kau lihat dari sudut yang lain. Persitiwa sama, kesimpulan berbeza. Namun kita kena bijak melihat dengan cara yang positif.

“Sebenarnya ada satu kisah motivasi yang terkenal di Amerika Syarikat. Ianya kisah duka seorang isteri juga merupakan ibu kepada dua orang anak kembar. Dia berkahwin dengan lelaki pilihannya. Malang sekali, setelah berkahwin dia baru mengetahui bahawa suaminya merupakan seorang penagih dadah tegar.

Setiap hari dia akan menanti kepulangan suaminya. Sudah pasti hidangan pukulan, tendangan dan tampar dari si suami menjadi rutin harian. Suaminya akan pulang dalam keadaan menggigil dan membelasah si isteri yang enggan memberikan wang kepadanya. Ketagihannya yang melampau membuatkan isteri terpaksa bekerja keras mencari wang untuk menyara kedua anak kembar mereka.

Yang lebih menyedihkan, setiap kali si isteri dibelasah suaminya, perbuatan itu diperhatikan oleh kedua-dua anak mereka. Fenomena ini memberi kesan yang mendalam kepada kedua-dua anak tersebut.

Masa berlalu pantas, rumah tangga ini punah sama sekali. Si suami kemudian meninggal dunia dengan mulut berbuih di bawah jambatan. Si isteri pula tidak lama kemudian meninggal dunia akibat kesan tekanan yang sangat dahsyat. Tinggallah kedua-dua anak kembar ini meneruskan kehidupan sendirian.

Bertahun-tahun kemudian orang menemui seorang daripada kembar tersebut sedang hancur ketagihan dadah terbongkang di bawah jambatan. Di mana saudara kembarnya? Mereka menemuinya di wisma miliknya sendiri di bawah nama syarikat guaman paling terkemuka. Dia menjadi seorang peguam hebat. Ketika ditanyakan kepada mereka berdua tentang nasib hidup yang berbeza, jawapan kedua-duanya adalah sama.

“Saya tengok apa yang ayah lakukan.”

Seorang melihat kemusnahan itu dan menirunya.

Seorang lagi melihat benda yang sama dan bertekad untuk segera membesar bagi membebaskan ibu daripada seluruh kesakitan itu!!

Seorang lagi melihat kehidupan lampau mereka dan motivasinya musnah. Sementara yang seorang lagi melihat kehidupan lampau sebagai pendorong motivasi.

Dua anak membesar daripada susuan ibu yang sama, tinggal di rumah yang sama, bermain di lorong yang sama, makan hidangan yang sama serta menyaksikan semua benda yang sama, tetapi membesar sebagai manusia yang berbeza. Si penagih melihat perangai si ayah untuk dijadikan ikutan. Si peguam melihat perjuangan ibunya membuatkan ia gigih menegakkan keadilan.

Bukan apa yang dilihat, tetapi bagaimana seseorang melihatnya. Itu lebih penting!” Cerita taufiq dengan panjang lebar menyedarkan Ehsan dari lamunan.

Akhirnya mereka membuat kesimpulan, pandanglah peristiwa seperti mata lebah. Segala bau busuk, najis dan kotoran ditolak ketepi. Namun lebah terus mencari bunga lalu mencipta madu. Bukannya seperti pandangan mata sang lalat. Haruman dan bunga ditinggalkan. Mencari najis dan kotoran membiakkan penyakit dan melumpuhkan alam.

by:imam muda asyraf.

December 28, 2012Permalink Leave a comment

Kisah Budak Kacak

Bismillah…

Pagi Jumaat di sebuah tempat di pinggir kota raya.

Selesai solat subuh terus menyelusuri hening pagi menuju ke terminal putra PWTC. Seorang rakan sedang menunggu di sana dengan tabah.

Perjalanan pulang di sapa dengan khidmat pesanan ringkas untuk bersiap kacak pagi ini. Walaupun dalam hati terfikir memang setiap masa kot kacak. Nak tidur pon baju di’iron’ kemas. Cuma tak bertali leher je.

Bersiap dan terus ke tempat paling menyeronokan. Dia sedang menyusun yang terbaik untuk aku, bisik hati budak itu. Coklat besaq ada di depan.

Yakin dengan diri sendiri.

Siapa lagi kalau bukan kita. Semangat.

 

 

 

December 28, 2012Permalink Leave a comment