[BEBELAN KEDUA] -cocos island-

7 Ogos 2012

Hari ini genap seminggu aku berkampung di rumah Nek Qayak di Pulau Cocos ni. Jadual yang disusun oleh Persatuan Islam Pulau Cocos atas kendalian Pak Sofiya (Presiden) masih kurang mendapat sambutan dari kalangan anak-anak dan juga remaja. Manakala kaum ibu menunjukan aura positif untuk datang mempelajari fardhu ain.

Kini, masjid lama di pulau ini menjadi pusat untuk segala aktiviti keagamaan. Tiada lagi banyak imam yang berselisih faham seperti dahulu. Politik keimamannya nampak seperti sudah sepi. Haji Adam (Nek Arina) kini memegang jawatan imam utama tanpa ada penolong lain yang mahu tampil mengisi jawatan secara rasmi.

Walaubagaimanapun masyarakat yang berketerampilan masih bergilir-gilir menjadi imam untuk solat fardhu. Kesatuan ini menunjukan corak positif masyarakat di sini. Sementara masjid baru hampir 80 peratus siap, masyarakat di sini menunaikan ibadah teraweh mereka di masjid lama. Muslimin di Masjid Darul Aman dan muslimat di belakangnya Masjid Petunjuk.

Suasana ramadhan di sini jauh berbeza dengan keadaan di Malaysia. Mungkin kerana kuantiti masyarakat di sini yang hanya hampir 500 penduduk bersamaan dengan 91 buah rumah menjadikan suasananya kelihatan agak suram. Mereka banyak berehat di rumah setelah penat bekerja di Pulau Panjang dan tempat-tempat lain.

Bazar Ramadhan hanya ada seminggu sekali sahaja. Juga tiada istilah bermain mercun di sini. Mungkin juga kerajaan Australia sangat tegas mengenai akta mercun ini.

Tidak dinafikan amalan bertukar juadah berbuka dari rumah ke rumah yang lain di sini nampak agak ketara. Mereka sangat suka membawa juadah-juadah untuk dihulurkan kepada jiran-jiran.

Malam ke-16 tempoh hari merupakan ‘malam ketupat’ bagi masyarakat di sini. Ia dinamakan begitu bersempena sudah setengah bulan Ramadhan berlalu. Menurut Haji Adam, malam itu juga untuk menyambut kedatangan lailatul qadar. Sangat awal..

Malam ketupat tersebut suasananya seperti hari raya. Ibu-ibu membawa juadah masing-masing dari rumah terutamanya ketupat untuk menjadi hidangan kepada hadirin yang hadir di masjid. Setelah selesai menunaikan solat teraweh, mereka akan duduk dalam bulatan untuk membaca doa selamat di bawah pimpinan tuan imam.

Ketupat dan rending beserta satu jag air diletakkan di tengah! Untuk simbolik keberkatan barangkali. Sayangnya aku tak bawa bersama camera ketika itu. Malam ketupat yang tak pernah aku fikirkan semeriah begitu. Ruginya alahaiiiii…..

Setelah selesai berdoa selamat, semua di jemput untuk menyerbu ke arah meja hidangan yang telah tersedia seperti buffet. Hampir 50 jenis juadah tersedia untuk santapan bersama. Sementara golongan muslimat hanya menunggu giliran untuk mengambil makanan setelah kaum lelaki selesai melilih juadah.

Begitulah kemeriahan ‘malam ketupat’ di sini.

Kuliah yang aku kendalikan setiap hari di masjid selepas maghrib cuba menekankan aspek-aspek supaya tidak berlebihan dan sebagainya. Kebanyakan mereka hanya beramal dalam bulan Ramadhan mengikut ajaran nenek moyang tanpa mengetahui hikmah disebaliknya. Aku sangat tidak selesa dengan corak teraweh yang super express di sini. Tercungap dibuatnya.Giliran aku imam teraweh jatuh pada minggu ‘malam pasung’. Nanti aku ceritakan apa itu pula malam pasung.

InsyaAllah, peluang untuk menyampaikan kuliah setiap hari digunakan sebaiknya untuk berkongsi kefahaman agar mereka lebih seronok dan memahami konsep Ramadhan yang sebenarnya.

InsyaAllah. Moga Allah permudahkan urusan! Amin.

[dengan berbekalkan laptop Hawa Mas Azmar yang kadang-kadang skrinnya menguji kesabaran membuatkan aku lebih bersyukur. 😛 yeke? ]

-Misi Rahmatan lil Alamin-

August 24, 2012Permalink 1 Comment

[BEBELAN PERTAMA] – cocos island-

Masih terbayang keadaan semalam sewaktu kapal terbang yang membawa aku ke Pulau Krismas kelihatan seolah-olah seperti akan mendarat di dalam laut!

Rupa-rupanya ada daratan di situ. Sebuah lapangan terbang antarabangsa yang sangat kecil. Di fahamkan penerbangan ke Malaysia hanya seminggu sekali sahaja dari situ.

Pengalaman baru.

Berada di ruang beratur untuk mendapatkan cop pelepasan masuk, aku memujuk hati untuk kelihatan tenang apabila dikelilingi golongan yang kita panggil mat saleh. Melihat kepada corak pakaian mereka yang boleh mengurangkan pahala puasa itu, aku rasa aku lah yang paling layak digelar ‘mat soleh’.

Mereka panas…sangkaan baik di bulan Ramadhan.

[Allah membantu aku di lapangan terbang] –kenangan-

Hari ke dua di sini aku di bawa mengilingi pulau yang mempunyai keajaiban dunia dengan ketam merahnya. Aku diceritakan jutaan ketam merah di sini akan keluar ke pantai untuk menetaskan telur sehingga jalan raya juga terpaksa ditutup! Sangat unik.

Demostrasi jalanan ketam itu akan berlaku sekitar hujung tahun. Ketika menyelusuri hutan batu di sini beberapa ekor ketam kelihatan malu-malu untuk disapa.  Aku masih tidak berani memeganga hanya mampu melihat gelagat mereka dengan senjata penyepit yang sangat hebat. Tak sakit pon kalau kena, kata Ustaz Ghaffar yang setia membawa aku ke sana sini.

Pulau yang tersangat jauh dari kesibukan manusia. Masih ada hamba yang bersujud kepadaNya. Sangat indah.

:tak terungkap:

-Misi Rahmatan lil Alamin-

(aku dah cuba upload gambar,tetapi kelajuan internet di sini memakan masa satu tahun untuk satu gambar) -maaf!

August 24, 2012Permalink 1 Comment

Kembara: Misi Memburu Taqwa

:esok bersamaan dengan 8 Ramadhan 1433H aku akan terbang dari KLIA ke Pulau Cocos, Australia.

Niat dipasang.

Azam

Tawakal

Bismillah……

2 pilihan : “hidup mulia atau mati syahid”

Maafkan segala dosa yang ada. Halalkan segala tanggungan yang berbaki.

Mohon doa yang terbaik dari kalian.

[misi Rahmatan lil Alamin]

July 28, 2012Permalink 1 Comment

Semakin

.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah s.w.t berfirman:

Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di majlis, nescaya Aku juga akan mengingatinya di dalam suatu majlis yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekatiKu dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepadaKu dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya seperti berlari-lari kecil.”

.

Just do it!


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

.
The Road Not Taken (Robert Frost, 1916)
.

Kemahiran Hidup

 Dia memberikan kita jalan…dan kita yang memilihnya…~

.

Daripada Abu al-’Abbas, Abdullah ibn Abbas radhiyallahu anhuma beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).

[Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi nombor 2516. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan Sahih]

Gerak!

.

“..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari masalahnya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang dia tidak sangka. dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka cukuplah Allah itu baginya (untuk menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala urusanNya. Allah telahpun menentukan kadar bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

(Surah al-Talaq: 2-3).

Dua Tahun

bagaimana mahu mendapat yang baik
kalau diri belum cukup baik
bagaimana menjadi baik
kalau masih tak baik-baik

asal kita memang baik-baik
moga akhirnya baik-baik aja
lebih baik jadi orang baik
daripada jadi orang yang tidak baik
selalu fikir yang baik-baik
kerana Allah itu Maha Baik
agar kita dapat yang terbaik..insya Allah

-kesidang

.

: 2 tahun yang lalu. aku sendirian terbang mencari Dia. 901 tarikh yang tak akan dilupa sampai bila-bila.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

13:11