Bermulanya Sebuah Episod

.

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang.

.

Lebih kurang 2.15 pagi waktu Malaysia kaki aku melangkah menuruni tangga bergerak di KLIA. Lambaian rakan-rakan seperjuangan masih beralun di sudut hati kecil. Sesekali menoleh ke belakang terasa sangat sayu. Niat dipasang, kata-kata dorongan keluarga dan rakan menjadi pegangan.” Bukan mudah untuk jadi seorang pejuang”, bisik hatiku melajukan lagi langkah ke kaunter pengesahan perlepasan.

.

3.15 pagi waktu Malaysia pesawat Kuwait Airways mula bergerak untuk meninggalkan KLIA. Bukan aku tak pernah naik kapal terbang sebelum ini, tetapi aura kali ini berlainan sekali. Mungkin ini kali pertama aku meneroka  perjalanan jauh seorang diri di dalam pesawat asing. Ia menjadikan aku seperti buat-buat matang dalam menguruskan hal-hal penerbangan ini. Sesekali terdengar suara pemandu kapal terbang di suatu sudut, aku tersenyum sendirian. Aku hanya dapat mendengar denagn jelas ayat yang akhir je iaitu ‘syukran’ .hehe.

.

Penerbangan mengambil masa 7 jam lebih untuk sampai ke Kuwait. Bayangkan. Duduk je di tempat duduk pramugari dah sediakan aku bantal dengan selimut yang gebu. Wahh..sedikit teruja. Malam yang indah dapat tidur di ruang angkasa. Hehe. Sangkaan aku meleset. Baru je nak lelap lampu di buka. Hidangan pertama disediakan. Nasi lemak? Roti canai? Tak dapat la..Aku pun tak tau nama makanan yang aku makan tu. Ala-ala kat kyros kebab tu la. Hehe. Dah kenyang. Nak rehat sikit datang lagi kopi dengan teh. Huhu. Layan je la. Hidangan terakhir aku siap boleh pilih lagi ‘pie apple or omelet sir?’ tu hidangan utama la. Tapi atas dulang yang dia bagi meriah. Roti. Jem. Jus. Fuhhh… dah….abes bab makan.

.

Jam di tangan aku pukul 11.30 pagi waktu Malaysia. Tapi jam di tangan orang Kuwait pukul 6.30 pagi. Kapal terbang yang aku naiki mendarat dengan jayanya di lampangan terbang Kuwait. Aku melangkah keluar dari pesawat. Seperti ayam katik masuk ke kandang zirafah. Bayangkan. Hehe.Persinggahan di Kuwait ini hanyalah untuk pertukaran pesawat yang akan menerbangkan aku ke bumi Syria. Usai sahaja menunaikan solat subuh di surau aku mula mencari arah. Perlukah aku mengangkat beg? Perlukah aku dapatkan cop? Perlukah aku dapatkan mana-mana pengesahan sebelum pertukaran penerbangan? Di sini lah episod aku menjadi bola. Jumpa kaunter A disuruh ke B, jumpa B disuruh ke balai berlepas, jumpa balai berlepas disuruh ke kaunter pengesahan. Alangkah indahnya pengalaman berkomunikasi.

.

Ketika aku menaip catatan ni pun seorang arab berpakaian ala-ala imam Masjidil Haram duduk di sebelah aku. Katanya mahu ke Syria juga. Aku hanya tersenyum. Dia melihat penuh minat aku menaip. Mungkin kagum tulisan yang tak ada titik atau baris atas,bawah dan sukun. Hehe. Yang penting bau pak arab ni macam kedai minyak wangi kat bukit bintang. Perghhh….cuci hidung pagi ni.

.

Jam 9.25 waktu Kuwait aku berlepas ke Syria. Penerbangan mengambil masa 2 jam 15 minit untuk tiba di Lapangan Terbang Damascus. Alhamdulillah, segala urusan di lapangan terbang itu berjalan lancar walaupun agak cemas ketika hendak mendapatkan cop kebenaran masuk. Alhamdulillah.

.

Cuaca di Syria pagi itu amat baik. Sinaran matahari memancar menerangi bumi. Walaupun agak terik, bayu yang berhembus di pipi kadang kala terasa seperti berada di dalam Giant. Memang sejuk. Alhamdulillah, ketibaanku disambut mesra seorang rakanku.  Jam 11 pagi waktu Syria, lebih kurang pukul  7 malam waktu Malaysia aku berada dalam kesesakan kota Damsyik atau dikenali  juga sebagai Damascus, ibu negara Syria.

.

Benarlah kata orang, tabiat arab memang suka membunyikan hon ketika memandu. Sangat meriah,  tetapi agak serabut memandangkan jalan rayanya yang tidak sistematik. Memang membingitkan telinga dan menyakitkan mata melihat keadaan itu. Aku terus dibawa kerumah rakanku itu untuk berehat sebentar.

.

Selepas menunaikan solat asar jam 2.30 petang, aku dan rakan keluar untuk melihat sendiri kehidupan masyarakat di sini. Berjalan kaki menjadi pilihan kami untuk meneroka dengan lebih dekat. Menyusuri beberapa kedai dan pasar, melihat pelbagai karenah manusia sungguh unik sekali. Budak-budak kecil di sini memang sudah diajar berdikari. Mereka memang cepat belajar kata rakanku.

.

Aku dibawa menziarahi makam Nabi Allah Yahya, makam Salahuddin Al-Ayubi, makam Saidina Husain, makam sahabat dan lain-lain. Nanti aku akan ceritakan dengan lebih terperinci tempat-tempat tersebut. Mungkin ini hanyalah ziarah pemanas badan.

.

Pulang sahaja ke rumah malam itu, selepas menunaikan solat isyak jam 6.30 petang aku terus melabuhkan diri di tempat beradu. Sekarang adalah musim sejuk. Tidur yang sangat panjang  memandangkan subuh di sini lebih kurang jam 5 pagi. Dalam kedinginan subuh yang amat sangat rakan-rakan ku bersiap seperti  hendak bermain salji pakaiannya tetapi sebenarnya mereka ke masjid untuk bertalaqi atau dengan bahasa melayunya menuntut ilmu secara langsung dari syeikh-syeikh yang hebat di sini.

.

Nantikan episod seterusnya………………………………

.

Misi Rahmatan lil Alamin

Al-Fatihah

fathi-yakan
IkhwanJo.com mengkhabarkan berita yang cukup menyedihkan lantaran pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Azawajalla pada awal hari ini (13 Jun 2009) . Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.

Latar belakang Fathi Yakan:


Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya’ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da’wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.

Source : Laman-laman web lain.


Pewaris

Apakah yang akan berlaku suatu hari nanti jika negara kita memiliki anak-anak muda yang semakin tidak dapat dikawal? Saban hari jika kita membaca di dada-dada akhbar melaporkan pelbagai masalah dan jenayah melibatkan pemuda. Lebih menyedihkan semakin ramai pemuda bawah umur yang sudah terjebak dengan bermacam kegitan di luar jangkaan ibu bapa.

Mungkin di rumah lagaknya seperti imam yang baru selesai menunaikan solat. Tapi di luar?? Ibu bapa hari ini disaran oleh badan-badan yang prihatin supaya sentiasa memeriksa anak-anak yang dalam proses mengenal dunia. Seperti contoh mengambil berat tentang cara hidup anak mereka. Memeriksa bilik mereka. Beg mereka, dan lain-lain yang selama ini ibubapa tidak pernah mengambil endah hal tersebut.

Mengapa perlu?? Kerana anak-anak di rumah ialah pelakon terhebat di hadapan ibubapa mereka. Itulah jawapan yang paling mudah difahami. Langkah berjaga-jaga ini amatlah perlu dititik beratkan buat semua ibubapa memandangkan keadaan dan persekitaran negara kita sekarang tak ubah seperti negara barat.

Tidak cukup dengan wang ringgit atau menghantar ke sekolah-sekolah agama sahaja. Ibubapa perlu menjadi sahabat terbaik buat anak-anak mereka supaya mereka dapat ‘mengawal’ diri mereka di jalan yang sepatutnya. Sistem pengawalan diri yang betul dapat mendorong anak-anak muda ke arah yang lebih positif.

Ingatlah..anak muda hari ini pewaris kepimpinan masa depan.

Hari Dunia Tanpa Tembakau

taknak1

Hari Dunia Tanpa Tembakau disambut oleh seluruh dunia pada 31 Mei. Negara-negara -ahli Pertubuhan Sedunia telah mencipta Hari Dunia Tanpa Tembakau pada tahun 1987. Ini menarik perhatian sedunia pada wabak tembakau dan kematian serta penyakit daripadanya yang boleh dielakkan. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan kematian setahun sebanyak 3.5 juta setahun daripada masalah kesihatan yang berkaitan dengan tembakau.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan.

: Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna) – Al-A’la (87:9)

Sambil Menunggu

Jam kat bilik aku sekarang ni tepat kol 12.10 malam. Mana la mamat ni. Janji nak datang awal. Mata aku dah jeling bantal empuk tu je.

hmmm….

Teringat aku baca kosmo petang tadi. Cerita utama yang masih lagi berkait rapat dengan hantu. Perempuan berkebaya merah di lebuhraya. Hantu ni lah yang memulakan musim cerita hantu kosmo minggu ni. Mengalahkan kes H1N1 plak. Kalau dari apa yang aku baca kat kosmo tadi, uncle seekers cakap Malaysia ni ialah negara yang paling banyak hantu. Pengkaji barat plak setuju sebab berdasarkan kajian dorang dari tahun 1896 sampai 1960 an Malaysia ni ada lebih kurang 700 jenis hantu. Amacam? heh

Dah la malas aku nak tulis pasal hantu tu. Korang baca la sendiri nanti. Kes H1N1 tu pon tak selesai lagi. Lebih kurang 131 pelajar sekarang ni dikuarantinkan. Sabar je la ye.

Orang yang ditunggu dah sampai.

Gerak. Publish.

Selamat Hari Guru

happy-teachers-day

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Selamat hari guru buat semua guru-guru di luar sana. Tak kira lah guru besar ke guru kecik ke guru silat ke guru jahit ke guru masak ke guruh di langit ke di mana saja kalian berada mohdshazni.com merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat kalian. Sesungguhnya sangat mulia pekerjaan menyebarkan ilmu ini. Sayangi guru anda.