Perkara baik2 tu mulakan la dengan yang kanan……
Perkara baik2 tu mulakan la dengan yang kanan……
Imam Syafie memberi wasiat lima perkara yang perlu diingati iaitu :
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Perbanyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal kehidupan.
Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
1)Wahai kawanku, Segeralah tunaikan solat di awal waktu Dikala mendengar azan Usahakanlah semampu terdaya. Ini membuktikan kesungguhan anda. Di situ ada sumber kejayaan Di situ ada sumber pertolongan Di situ ada sumber taufiq Perhatikanlah banyak perintah ayat al-Quran… dimulakan dengan menyebut solat di awalnya Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat… Juga di medan perang. Walaupun… Di saat genting dan cemas.
2)Wahai kawanku, Bacalah al-Quran dan cuba memerhati mesejnya Selalulah berzikir dan cari ilmu walaupun sedikit Kurangilah dengan masa yang tidak bertujuan Sesungguhnya al-Quran adalah sumber asli lautan ilmu Sumber hidayah kepada anda dan saya Bacalah al-Quran, kelak ia memberi syafaat. Sentiasalah membaca, menghafal dan… Cuba hayati mesej arahannya. Selalu berzikir, berzikir dan terus berzikir!!! Di sini ada ketenteraman Di sini ada kedamaian Di sini ada kesalaman Jadilah hamba yang sejahtera.
3)Wahai kawanku, Dorongkanlah diri untuk menguasai Bahasa al-Quran Mulakan dulu walaupun sepatah perkataan Sebenarnya anda telah lama bermula Iaitu sejak anda solat setiap hari Sebut dulu walaupun tak faham. Antara mala petaka pertama menimpa umat kita… Ialah kecuaian menguasai bahasa agamanya. Juga mengutamakan bahasa pasar, Ayuh !!! Apa tunggu lagi?????? Bukalah ruang walaupun seminit !!!
4)Wahai kawanku, Usahlah bertarung idea tanpa adabnya!!! Berdebatlah jika kiranya berbuahkan kebaikan Awasilah pertengkaran Kerana di sana ada unsur lain membisikkan? Syaitannnn namanya !!!
5)Wahai kawanku, Senyumlah selalu tapi bersederhanalah dalam ketawa !!! Rasulullah s. a. w adalah yang paling banyak senyum Beliau ketawa kena pada tempatnya Tapi berpada-pada sahaja, wahai kawan ! Plato juga berharap agar pementasan hiburan… Yang tidak bermutu terlalu banyak ketawa bodoh Hanyalah disaksikan oleh golongan abdi Dan orang upahan asing! Begitu juga Aristotle berpendapat Supaya golongan belia ditegah daripada menyaksikan hiburan-hiburan yang membolehkan perbuatan ketawa berlebih-lebihan. supaya tidak menular. Keburukan dalam diri!!!
6)Wahai kawanku, Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan Tanpa serius, hilanglah kesungguhan !!! Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan Kata seorang penyair : Berikan kerehatan pada jiwamu Yang sibuk dengan berfikir Ubati dengan bergurau Tapi, Kalau mengubatinya dengan bergurau Mestilah dalam batas Seperti kau masukkan garam ke dalam gulai.
7)Wahai kawanku, Kawallah nada suaramu Setakat yang diperlukan oleh pendengar di depanmu Janganlah jadi seperti orang bodoh. Bahkan menyakit hati orang lain pula!!! Luqman El-Hakim juga mencela orang yang tidak pandai menjaga nada suara pada tempatnya. Itulah katanya suara keldai!!! Surah al-Isra’ memberi tip kepada kita… Jangan keraskan suramu dalam solat Tapi jangan pula merendahkannya Carilah jalan tengah di antara keduanya.
8)Wahai kawanku, Usahlah umpat mengumpat Usahlah merendah-rendahkan pertubuhan lain Bercakaplah jika ada unsur kebajikan Ayuh!!! Hindarilah… mengumpat! Tidak sekali mencabuli jemaah-jemaah lain!!! Perkatakanlah kebaikan demi kebajikan bersama. Sukakah anda memakan daging pasti anda suka!! Tapi sukakah anda memakan daging kawan anda yang telah mati?? Sekali-kali tidak!!! Begitulah dosa orang yang mengumpat. Bertaubatlah jika anda mengumpat Tapi mesti minta ampun terhadap orang umpatanmu bersama!!! Boleh mengumpat… apabila ada tujuan syarie.
* untuk menuntut keadilan apabila dizalimi
* untuk menghapuskan kemungkaran
* kerana memberi amaran kepada Muslim tentang kejahatan
* kerana mengisytiharkan kefasikan dan kejahatan.
9)Wahai kawanku, Luaskanlah interaksimu dengan umat manusia Sekalipun mereka tidak diminta berbuat demikian!!! Salam kasih sayang adalah untuk semua Salam kemesraan adalah untuk sejagat. Hulurkanlah, hulurkanlah salam perkenalan…! Lihatlah pensyariatan ibadah haji. Pelbagai bangsa datang berkunjung!!! Pelbagai lapisan datang berkunjung!!! Pelbagai darjat datang berkunjung!!! Sama-sama menjunjung obor suci Tidak mengenali tapi tak sepi.
10)Wahai kawanku, Maksimumkanlah faedah waktu anda dan Tolonglah orang lain supaya manfaatkan masa. Hadkanlah masa penunaiannya. Biasakan hidup berjadual di hadapan. Bijaksanakanlah menggunakan waktu anda! Bersegeralah, kerana… Sabda Nabi s. a. w bermaksud : “Bertindak segeralah melakukan amal…” (Diulang 7 kali..) Sayanglah masa saudaramu!!! Hormatilah waktu mereka!!! Usahlah berbicara meleret-leret… Tanpa haluan dan noktahnya..
Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”
LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan: “Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:
1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.
2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.
3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.
4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.
5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.
6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.
PEMBABITAN Orang Asli dalam gerakan dakwah semakin meluas apabila mereka yang berpengetahuan agama diberi peluang menjadi guru al-Quran untuk mendidik generasi baru mereka ajaran Islam di pedalaman Hulu Kelantan.
Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) menempatkan guru al-Quran di setiap pos perkampungan Orang Asli di Gua Musang bagi memantapkan perkembangan syiar Islam bagi saudara baru.
Bimbingan guru al-Quran penduduk Orang Asli terbukti lebih berkesan kerana mereka memahami cara hidup masyarakat sendiri terutama golongan muda.
Seorang guru agama Orang Asli di Pos Tuel, Angah Amat, 38, berkata apabila membimbing generasi muda mendekati al-Quran, seseorang itu tidak boleh putus asa.
Katanya, di peringkat awal memang sukar terutama kerenah dan keengganan kaum itu belajar agama selepas memeluk Islam.
“Selepas beberapa kali mendapat bimbingan, mereka datang dengan kerelaan sama ada bersolat berjemaah atau mengaji al-Quran.
“Bagi solat Subuh, Zuhur dan Asar, kita menghadapi sedikit masalah kerana kebanyakan mereka masih di hutan mencari rezeki,” katanya.
Beliau yang lima tahun dilantik sebagai guru agama di pos itu memahami kerenah kaum terbabit kerana kebanyakan mereka buta al-Quran dan jarang bersolat.
“Namun, kita akan terus berdakwah menggunakan pelbagai pendekatan bagi memberi kesedaran ke surau mendalami ilmu agama, katanya.
Beliau turut terbabit membimbing remaja yang baru berumah tangga mengambil bahagian dalam kelas al-Quran setiap hari.
“Kebanyakan pasangan remaja yang baru berumah tangga dan memeluk agama Islam memerlukan bimbingan bagi mengajarkan mereka amalan mulia dan meninggalkan perkara yang ditegah Islam,” katanya.
Sumber: Harian Metro
MANUSIA yang lemah hanya mementingkan diri sendiri. Baginya orang lain belakang kira, langsung tidak diendahkan.
Antara jenis pentingkan diri ialah tidak mahu mendengar suara orang di sekitarnya. Cuma yang dia mahu dengar ialah suara nafsu dan keinginannya saja, walaupun kadangkala orang menderita disebabkan sikapnya.
Suara luar, rintihan yang di sekelilingnya tidak diendahkannya. Baginya itu semua tidak penting.
Nabi Sulaiman a.s sanggup mendengar suara dan pendapat luar walaupun daripada seekor burung hud-hud mengenai negeri Saba’.
Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w mendengar pendapat dan pandangan sahabat, kemudian bersama berfikir mengenai cadangan dan akhirnya melaksanakan kesimpulan yang dipersetujui. Bukankah itu memberikan kejayaan!
Pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat menyentuh hati golongan dipimpin. Tetapi sebelum kita dapat menyentuh yang dipimpin, kita semestinya menyelami apa ada dalam hati mereka.
Hendak menyelami hati mesti mendengar dulu suara mereka. Semestinya kita menjadi pendengar yang baik.
Dalam kehidupan seharian antara suara yang perlu kita dengar ialah:
1. Suara mereka yang dekat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita.
Luangkan masa mendengar sama ada pujian atau teguran. Tunjukkan wajah yang simpati dan tindak balas.
Hindarilah wajah yang dingin kerana ia akan melukakan mereka yang sedang berkomunikasi dengan kita. Banyak orang yang suka ceritanya didengari daripada memenuhi permintaan.
2. Suara pelanggan. Kepada yang ingin berjaya luangkanlah waktu untuk mendengar suara pelanggan (terutama peniaga dan pemberi perkhidmatan) dan mendengar suara umat (bagi golongan pendakwah atau pakar motivasi) kerana kadangkala ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka ini.
Apabila suara mereka mengandungi makian hadapilah dengan positif dan sangka baik serta cuba perbaiki diri.
Jika suara mereka mengandungi pujian pertahankan pujian dengan mempertingkatkan kualiti.
3. Suara lawan. Suara lawan memang sukar untuk diterima, malah kadang-kadang disambut dengan lawan juga.
Bagi mereka yang bijaksana, suara lawan sebenarnya sangat berharga. Melalui kritikan mereka kita mengetahui lemah kita, bahkan yang cacat akan diperbaiki.
Kata bijak pandai ‘apabila lawan kita menceritakan aib kita sebenarnya kita patut berterima kasih kerana dia bersusah meluangkan masa dan fikirannya menasihati kita’.
Cuba fikirkan, berapa banyakkah waktu yang kita pernah guna untuk memperbetulkan dan muhasabah diri kita?
Mulai sekarang marilah kita belajar mendengar, bukan sahaja kata-kata tetapi juga perasaan mereka di sekitar. Nanti mereka juga akan mendengar perasaan kita.
SUMBER : Bersama Mohd Zawawi Yusoh (Harian Metro)
Cuaca di sekitar Gombak sejak kebelakangan ini hujan pada waktu petang dan mungkin berlarutan hingga malam hari. Oleh itu, sediakanlah payung sebelum hujan.
(Pesanan ini ditaja oleh updatelablogkotu.com)
p/s: jutaan terima kasih. =)
"Aku ada rumah besar giler, kereta bersepah depan rumah aku, tengok je dari belakang rumah nampak KLCC....best oooo...tapi kolam renang belakang rumah aku tu tukang kebun aku buat ternak ikan keli. Aku pun tak tau nape aku tak halang pakcik tu. kO tau time aku nak makan, duduk je je pastu tekan alat cam remote control terus sampai makanan..huuuu...tapi satu ari aku terjumpa anai-anai belakang rak tv rumah aku tu..aku amek kayu apa tah nk try bunuh la kan...tapi kuar lagi banyak...macam citer the mummy yang binatang hitam tu...aku nak lari tapi tak leh gerak, nak jerit x kuar sore..wuuuu....takut aku tu terus sampai tersedar dari tidur..tapi yang aku pelik nape xde watak lain dalam citer aku tu ek..? hmmm...".
(sedutan cerita seorang kawan waktu lepak2)
Aku terfikir sesuatu…….
“Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada Allah. Sekurang-kurngnya, dengan mengucapkan A’uzubillahi min al-syaithan il-rajim. Jika serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat, kita mestilah bersabar dan menyedari bahawa Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, dan hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah, perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.”
-Imam Syafie-