Sambil Menunggu

Jam kat bilik aku sekarang ni tepat kol 12.10 malam. Mana la mamat ni. Janji nak datang awal. Mata aku dah jeling bantal empuk tu je.

hmmm….

Teringat aku baca kosmo petang tadi. Cerita utama yang masih lagi berkait rapat dengan hantu. Perempuan berkebaya merah di lebuhraya. Hantu ni lah yang memulakan musim cerita hantu kosmo minggu ni. Mengalahkan kes H1N1 plak. Kalau dari apa yang aku baca kat kosmo tadi, uncle seekers cakap Malaysia ni ialah negara yang paling banyak hantu. Pengkaji barat plak setuju sebab berdasarkan kajian dorang dari tahun 1896 sampai 1960 an Malaysia ni ada lebih kurang 700 jenis hantu. Amacam? heh

Dah la malas aku nak tulis pasal hantu tu. Korang baca la sendiri nanti. Kes H1N1 tu pon tak selesai lagi. Lebih kurang 131 pelajar sekarang ni dikuarantinkan. Sabar je la ye.

Orang yang ditunggu dah sampai.

Gerak. Publish.

Yong Tau Fu

Matahari semakin meninggi.

Baju di jemuran hampir kering.

Suasana di jalan raya semakin sesak.

Pekerja di pejabat mulai keluar untuk mengisi perut.

Pelajar di sekolah sudah bersiap siap untuk pulang ke rumah.

Azan zohor sedang berkumandang.

Tinggal kan semua urusan.

Solat.

Tidur

Tidur merupakan kesinambungan daripada sifat mengantuk. Sesungguhnya sifat mengantuk itu bukan sesuatu yang dicari atau diusahakan, tetapi ia terjadi setelah tubuh letih akibat aktiviti kerja sepanjang hari.

Islam mengajar manusia sama ada perkara yang diikhtiar atau tidak jika seseorang itu tahu, ia akan jadi bekalan hidup di akhirat.

Tidur setelah didahului rasa mengantuk kurniaan Tuhan, akan menjadikan tubuh rehat dan cergas segar semula. Di akhirat ada habuan bagi manusia itu.

Justeru Islam mengajar peraturan dan adab tidur, supaya tidur menjadi suatu ibadah yang berfaedah kepada manusia di dunia dan akhirat.

Peraturan dan adab yang pertama, ialah bersihkan mulut dengan bersugi (gosok gigi) dan bersuci serta berwuduk.

Islam bukan saja suruh berwuduk ketika hendak menunaikan solat atau membaca al-Quran, bahkan Islam anjurkan berwuduk itu mengajar manusia agar tidur dalam keadaan beribadat kepada Allah SWT.

Seseorang yang berwuduk andainya meninggal dunia semasa tidur, maka matinya dalam keadaan suci bersih. Tiada yang boleh beri jaminan bahawa selepas tidur dia akan bernafas semula untuk meneruskan hidupnya.

Oleh itu apabila seseorang hendak tidur dia hendaklah bersiap, kerana dia sendiripun tidak tahu masih adakah baki umurnya selepas tidur.

Setelah bersugi dan berwuduk mereka dikehendaki bersiap menyediakan air (khusus di tempat yang sukar air) untuk bersugi dan berwuduk selepas bangun pagi esoknya.

Jika dia dikurniakan umur lagi, persiapan itu untuk mengulangi keperluan bersugi dan berwuduk sebagai sunnah Nabi s.a.w.

Sebelum meletakkan kepala atas bantal untuk tidur, hendaklah dia menaruh azam dalam hati dengan niat untuk bangun menunaikan ibadat solat tahajud dan witir juga ibadah selainnya.

Kalau tidur berniat begini akan dipermudah oleh Allah SWT untuk bangun pada hujung malam. Ini kerana tidur dengan hasrat untuk melakukan ibadah sebagaimana kelazimannya, tidurnya tidaklah tidur mati tetapi sentiasa teringat-ingat akan niatnya.

Adab tidur seterusnya ialah bagi mereka yang sepatutnya ada wasiat lantaran berhutang, maka kewajiban mereka ialah menyediakan surat wasiat.

Kewajiban orang berhutang ialah berwasiat kepada keluarganya, supaya tanggungjawab itu dipikul keluarganya jika dia meninggal dunia.

Jika orang yang berhutang itu mati menyebabkan rohnya terseksa, tidak dapat ke mana-mana dan tidak dapat menikmati fadilat syahid. Hutang yang belum dilunaskan jadi penghalang menikmati segala fadilat itu.

Orang yang mempunyai keyakinan mengenai bahaya hutang yang belum dijelaskan, wajib baginya berwasiat kerana seseorang itu tidak selamat daripada diambil nyawanya oleh Tuhan semasa tidur.

Hendaklah sedar bahawa seseorang ketika tidur mempunyai peluang lebih luas untuk mati, berbanding peluang untuk terus hidup.

Ini kerana apabila seseorang tidur rohnya akan beredar meninggalkan jasad, meskipun jantung dan nadi bergerak darah terus mengalir dan nafas keluar masuk.

Hal tersebut terserah sepenuhnya kepada kudrat Allah SWT. Justeru dalam keadaan tidak sedar kerana roh naik ke atas seperti benar-benar telah mati.

seterusnya apabila bersiap untuk tidur, seseorang itu bertaubat daripada semua dosa, dan tidur dalam keadaan hati suci bersih dengan semua orang Islam. Tiada hasrat di hati hendak menganiaya orang apabila terjaga esok.

Dengan adab itu dunia akan aman daripada segala kemungkaran dan penyelewengan juga keburukan. Jika seseorang tidak menghormati janji sendiri yang dibuat sebelum tidur, lalu bagaimanakah orang lain akan menghormati dirinya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Doa

Imam Ghazali menyatakan; bahawa doa kebanyakan para nabi a.s., ialah berdoa seperti berikut (yang bermaksud):

“Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.

“Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.

“Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.

“Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut.”

Selamat Hari Guru

happy-teachers-day

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Selamat hari guru buat semua guru-guru di luar sana. Tak kira lah guru besar ke guru kecik ke guru silat ke guru jahit ke guru masak ke guruh di langit ke di mana saja kalian berada mohdshazni.com merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat kalian. Sesungguhnya sangat mulia pekerjaan menyebarkan ilmu ini. Sayangi guru anda.

Air..Ayor..Ayaq..

a

Gambar ini di ambil selepas air mulai surut di suatu sudut kawasan kediaman pelajar. Air inilah yang dengan rasa bangganya masuk dan lepak dalam bilik aku malam tu. Boleh korang bayangkan air yang macam teh ais ini melepasi paras betis dan masuk ke dalam bilik dan membuat tunjuk perasaan tanpa gangguan FRU dan badan berunifom yang lain. Sungguh mengasyikan bukan. hehe

a

Ini lah gambaran ringkas bilik baru aku selepas air bersurai dengan aman pada malam itu. Nampak sepeti bersih, hakikatnya tuan punya bilik sahaja yang mengetahui keadaan sebenar. Aras bawah blok aku pada malam kejadian tidak dapat melakukan sebarang aktiviti pembersihan kerana bekalan elektrik turut terputus. Sungguh sadis melihat bilik yang gelap dilimpahi air seperti sunway lagoon ditutup lampu pada waktu malam.

A

Keesokan harinya (hari Jumaat la) baru lah aktiviti menyelongkar barang untuk dibersihkan. Tikar aku terpaksa di campak ke luar kerana baunya boleh mengganggu gugat keselamatan negara. Laci pada gambarajah di atas boleh juga dinamakan pusat tadahan air. Dengan kuantitinya seperti anda ingin membela ikan talapia ia cukup untuk membasahkan seluruh isi kandungannya. Maafkan aku report RND. Akhirnya dakwatmu pergi bersama air itu. huhuhu

Aa

Melihat jiran-jiran yang hampir siap mengemas bilik menjadikan aku semakin tertekan. Bilik aku masih seperti loji. Di manakah kawan sebilik? Sejak semalam tidak kelihatan. Semuanya terlibat dengan program di luar lampus. Aku hanya mampu duduk di atas katil sambil menghirup udara bilik dan mengadu kepadaNya. Bagaimana aku ingin selesaikan masalah ini. huhu..Aku hanya bersama Dudu, rakan sekelasku. Aku cuba meminjam paip getah dari makcik-makcik cleaner. Hasil nya…lihat lah gambar di atas. Alhamdulillah..Allah mendengar keluhan hatiku. Bilik aku di serbu tentera biru bagaikan sure heboh. Suasana sungguh meriah. Ala-ala pesta sonkran kat Thailand tu..hehe…Jutaan terima kasih buat tentera biru. Makcik timah, makcik nab, makcik tun, dan semua yang terlibat dalam acara sembur dan tolak pagi tu. Walaupun mulut makcik-makcik ni macam DJ kat radio tapi keje dorang memang perfect. Aku rasa makcik-makcik cleaner ni mesti ada ijazah cuci-cuci major dalam cuci bilik la kot. Cayalah makcik.

A

Tidak ketinggalan jutaan terima kasih juga pada rakan sekelas Dudu yang memang rajin dan berbakat dalam acara membersih bilik. Sungguh mulia jasamu kawan. Ceeeewwwaaaaahhh……

ia

A

Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang datang membuat lawatan rasmi. Sahabat yang memberi ruang untuk berteduh buat seketika. Sahabat yang menyalurkan sumbangan dari pelbagai aspek. Terima kasih.

: setiap kejadian ada hikmahnya.

KL

Kuala Lumpur (KL) atau nama rasminya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat perundangan dan kehakiman di Malaysia. Kuala Lumpur pernah memainkan peranan sebagai pusat pentadbiran Malaysia. Dengan penubuhan Putrajaya pada akhir 1990-an, pusat pentadbiran (eksekutif) telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kuala Lumpur terletak di pertengahan pantai barat Semenanjung Malaysia. Di Malaysia, Kuala Lumpur umumnya dikenali sebagai KL.

waaaa….pendahuluan yang aku petik dari wikipedia mengenai Kuala Lumpur.

Biarkan gambar di bawah menceritakan suasana hujung minggu aku yang lalu……

blog

Watak :

Aku

Kamyap

Epah

kl

KLCC

kayak

Tasik Titiwangsa

budak

Taman Permainan

tasik

Tasik Titiwangsa

malam

Lampu

jalan

Berhati hati di jalan raya

Masih banyak lagi gambar yang ingin aku kongsikan. Apakan daya kelajuan ‘internet’ di kawasan ini tidak menunjukan sebarang peningkatan . Aku akan cuba lagi nanti…

Kehidupan

(Baca dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan)

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisapada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapatisetiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa…

Aduh…sakitnyer. ..isk…. . aduuh….Bang sakit nya tak tahan saya” keluh Nisa pada suaminya Zakri.

“Apelah awak ini….lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. ini mesti ada benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa lah tu” rungut Zakri pada Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.

Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.

Doktor Johari menyuruh Nisa meneran …”Come on Nisa u can do it…once more….” Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar…”Good mummy” kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.

Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. “Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia” kata Doktor Johari memuji Nisa. “Tahniah Zakri,it’s a twin” Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri.

Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega… tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.

Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati. Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania.

Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.

Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal sama ada Nisa mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan…Nisa cuma kosong selama sebulan
selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.

Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yang terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri.

Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa.
“Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. kenapa Bang?” soal Nisa pada Zakri .

“Kaulah penyebabnya. Tak payah nak tunjuk baik pula” Zakri menempelak Nisa
“Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu” sergah Zakri lagi.

“abang syak Nisa dengan lelaki lain ke? Kenapa abang syak yang bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat dengan orang lain pulak Bang”? terang Nisa pada Zakri.

“ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak ALLAH” Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja.

Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.

“Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah emak dengan menantu pun boleh jadi tau apatah lagi macam kau ini, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis dengan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu ” marah Zakri.

“Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ….heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni”kutuk Zakri lagi pada Nisa.

“Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. “Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri” kata Nisa pada Zakri.

“Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,”ucap Nisa sambil menangis.

Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam – 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi.

Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput…macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.

Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun lah, perempuan tak sedar dirilah, tak
layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula…bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka
tidak bergaduh…Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa…dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.

Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding…Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang.

Emak Nisa dah seminggu pergi ke sanauntuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , “Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.

Masa inilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan”kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. “Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut pula hujan nanti”desak Nisa lagi.

Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa “Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke,suka hati aku lah nak pergi malam ke siang ke tak pergi langsung ke”marah Zakri.

“Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja”Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian…terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak.

Pening kepala Nisa dibuatnya.”YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH” doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.

Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak.. berdenyut2. ..”Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah” Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.

Treet,Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Sapa pula ini sebok saja….”Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe.

“Hoi, Encik Zakri, bini anda kat wad tak pergi jengok ke, apa punya laki anda ini? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.

“Alah, dia sihat saja kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha”gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.

“Senangnya hidup Zakri ini tak ada risau langsung pasal bini dia”cetushati Azlan.

“Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau…mereka perlukan kita masa tu…nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba fikir sikit” Azlan mengingatkan Zakri.

“Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat lah, apa aku nak risau lagi” jawab Zakri selamba.

“Suka hati kau lah, tapi kalau ada apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti” kata Azlan lagi.

Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Hello Zakri speaking” jawab Zakri.

“Hello Zakri, Doktor Johari sini, ada masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri…….. .”panggilan kecemasan dari Doktor Johari

“Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang”…tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.

“Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri …”ajak Zakri pada Lan.
“Hah, tadi kau kata bini kau sihat”tanya Lan pada Zakri.
“Alah jom lah cepat” desak Zakri.

“Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Nisa jatuh atau…terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri.

Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya… dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk …tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa….baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati…tetapi sebaliknya….Zakri hanya diam….”YA ALLAH apa aku dah buat” rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil…

“Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I’m really sorry Zakri.ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya” kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.

Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa
pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan
segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati
setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa…

“YA ALLAH Kenapa aku buat Nisa begini” terdetik hati Zakri selepas membaca
tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran
diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering…membuat
Zakri tertarik untuk membacanya.. .

Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang… “SELAMAT HARI ULANG
TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA”

. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada
Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang…Bunga
inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar
menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa.
Abang tak pernah tahu kan… Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya
Nisa..

Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti
kita baru kahwin…Abang panggil Nisa AYANG…terasa diri dimanja bila
Abang panggil Nisa macam tu…walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu
seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang
dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?

Abang…mukasurat ini khas untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya
Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari ini hari ulangtahun perkahwinan kita
yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang……. Danial dan Dania. Untuk Nisa
tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih
sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian
untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.

Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan
sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah
hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang.
Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah
mereka…Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa
melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang
seorang.

Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma
menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin.

Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan
dari darah daging Nisa…tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih
sayang sepenuhnya dari keluarga ini.

Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang…Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.

Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak
Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang
terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar
kita.

Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang…sejuk kata
orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah
Nisa…Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan
Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati
walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.

Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa

“Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada
Danial dan Dania” pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa
maafkan abang Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping
gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri
mengambilnya.

Belakang gambar itu tertulis “HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.
SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.

Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya…setiap
perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini
jadinya…kejamnya aku…Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.

Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak
terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa.
Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam
pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka
Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir
seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.

“Nisa Abang minta ampun dan maaf” bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi
ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar
seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh
Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa.

Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.

Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada
neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi
biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka.
Amat sedih ketika itu.

Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan
menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya
Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan
kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa
yang merah tanahnya…meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan
.
..YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang
mengetahui dosa aku pada Nisa….ampunkan aku YA ALLAH….akhirnya Zakri
terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium
tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus.
Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa
Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga
dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. “YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri…dan hampir senja ni, mari kita balik, Kenapa kau tidur kat
sini Zakri?” tegur abang long , abang ipar Zakri.

Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik kembarnya diam dari menangis. “Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu nak…kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah… emak, abang dan kakak
ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa…

MENDERMA DARAH

MENDERMA DARAH SEMULIA-MULIA SEDEKAH
Dr. Yusuf Qaradhawi :

Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan  atau untuk membantu dan  menggantikan darah yang begitu banyak  keluar.

Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud : “ Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” ( Al-Maidah : 32 )

Andainya sedekah harta itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama, mendapat ganjaran pula dari sisi Allah sehingga Allah Taala menerimanya dengan tangan kanan dan Allah menggandakan sehingga 700 kali gandaan bahkan sampai kepada kadar yang Allah inginkan ( tak terhad ),maka bersedekah atau menderma darah tentulah lebih tinggi lagi kedudukannya dan lebih besar ganjaran pahala, lantaran darah itu adalah penyebab kelangsungan hidup.

Darah adalah sebahagian daripada manusia dan manusia pula lebih bernilai dari harta, dan orang yang menderma darah sebenarnya telah menderma sebahagian dari dirinya yang bersifat benda kepada saudaranya kerana kasih sayang dan perasaan mengambil berat.

Menderma darah, di samping ianya merupakan aktiviti sosial yang baik, ianya juga boleh membantu meringankan beban orang yang dalam kesedihan dan melepaskan bebanan kesusahan yang mencengkam. Ini adalah satu kelebihan lain yang menjadikannya mendapat lebih banyak ganjaran pahala di sisi Allah Taala. Nabi S.A.W bersabda :

“ Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan.” ( Riwayat Abu Yu`lah Dailami dan Ibnu Asakir dari Anas sebagaimana tersebut dalam kitab Faidul Qadir : 2 – 287 ).

Dalam hadis sahih tersebut : “ Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat.” ( Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari hadis Ibnu Umar sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Lu`lu Walmarjan nombor 667 ).

Bahkan satu riwayat yang sahih dari Nabi S.A.W menyebut bahawasanya menolong haiwan yang memerlukan makanan dan minuman memperolehi ganjaran pahala yang besar dari Allah Taala sebagaimana tersebut dalam hadis tentang seorang lelaki yang memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.

Lelaki tersebut mendapati anjing itu menjulur-julur lidah sedang memakan tanah yang lembab kerana tersangat dahaga. Maka lelaki itu pun mengambil air telaga dengan menggunakan kasutnya lalu meletakkannya pada mulut anjing tersebut,lalu anjing itu meminumnya sehingga puas. Nabi S.A.W bersabda dan maksudnya : “ Allah berterima kasih kepadanya, dan Allah memberi keampunan kepadanya. Lalu sahabat bertanya dalam keadaan tercengang-cengang : “Apakah kami mendapat pahala dengan sebab berbudi kepada binatang, wahai Rasulullah ? “. Jawab Rasulullah :” Ya ! Berbudi kepada setiap yang bernyawa, akan mendapat pahala”. ( Bukhari dan Muslim sepakat tentang hadis ini yang diriwayatkan dari Abu Hurairah sebagaimana tersebut dalam kitab Lulu`Wal Marjan – Hadis 1447 )

Jelas bahawasanya sahabat beranggapan ,berbudi kepada makhluk binatang tidak mendapat balasan pahala di sisi Allah, sahabat juga menganggap Agama Islam tidak memandang penting mengenainya.

Maka Rasulullah S.A.W menjelaskan kepada para sahabat,berbudi kepada setiap makhluk yang hidup akan mendapat ganjaran pahala, walaupun ianya binatang hatta anjing ….. apatah lagi kalau berbudi kepada manusia? Lebih-lebih pula berbudi kepada orang yang beriman?

Secara umumnya menderma darah ada ganjaran pahalanya yang besar. Tetapi menderma darah yang dilakukan oleh seseorang ahli keluarga terhadap seseorang ahli keluarga pastinya akan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, lantaran perbuatan tersebut boleh menguatkan hubungan kekeluargaan,dan merapatkan lagi tali persaudaraan sesama keluarga.

Berhubung perkara ini Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya :” Seseorang yang bersedekah kepada orang miskin akan mendapat satu pahala sedekah, manakala seseorang yang bersedekah kepada kaum keluarga akan mendapat dua kebaikan iaitu kebaikan sedekah dan kebaikan merapatkan hubungan kekeluargaan”.