Kuala Lumpur – Karachi 2 [Gambar]
Kali ini biar gambar sahaja yang berbicara.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bantuan Masih Diperlukan.
|Global Peace Mission |
BIMB : 14-023-01-002922-4
mayabank : 5642-2161- 1602
.
Daripada Abi Burdah, daripada Abi Musa, katanya sabda Nabi S.A.W. :
“Sesungguhnya kaum al-‘Asy’ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripada aku dan aku daripada mereka.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kuala Lumpur – Karachi
.
9 September 2010 – Khamis
Jam menunujukan pukul 11 pagi. Suasana pagi itu di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) tenang sahaja. Mungkin warga kota sudah berada di kampung masing-masing dan bersedia untuk menyambut hari raya yang ditetapkan pada esok hari.
.
Lain pula kisahnya dengan kami, sebagai sukarelawan yang dilantik oleh Global Peace Mission (GPM) ; Mejar (B) Shaik Md Noor Shaik Abdul Rahman dan Mohd Shazni Abdullah yang sedang bersiap sedia untuk berangkat ke Pakistan bagi menjalankan misi kemanusiaan banjir di sana. Turut bersama pagi itu pimpinan-pimpinan GPM seperti Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, Encik Mohd Halimi Abd Hamid dan Encik Abd Halim Ismail yang datang untuk memberi semangat kepada kami.
.
Alhamdulillah, walaupun jadual penerbangan ditangguhkan selama satu jam ianya bukanlah menjadi satu masalah yang berat buat kami. Segala urusan di KLIA berjalan lancar. Pesawat MH 160 dari Kuala Lumpur ke Karachi meluncur laju meninggalkan KLIA lebih kurang jam 1.40 petang.
.
Kapten pesawat membuat pengumuman penerbangan di jangka mengambil masa 5 jam 10 minit. Wajah-wajah penumpang mula berseri-seri mungkin sedang membayangkan kampung halaman mereka dan suasana menyambut Syawal yang bakal tiba. Kebanyakan penumpang pesawat adalah warganegara Pakistan.
.
5 jam berpuasa di udara bukanlah suatu yang mudah. Cabaran apabila si manis pramugari mula menuangkan jus oren sejuk kepada penumpang lain. Sabar. Itulah yang mampu dilakukan. Keheningan di dalam pesawat tiba-tiba dikejutkan dengan teriakan seorang anak perempuan kecil. Tangisannya yang terlalu menjadi membuatkan hampir semua mata yang terlelap terganggu seketika. Kami hanya melihat telatah anak perempuan itu. Mungkin kerana ramai yang memandangnya dia terdiam sendiri.
.
Pengunguman kali kedua dibuat oleh kapten penerbangan, mengarahkan semua anak kapal duduk dan memasang tali pinggang keselamatan. Ini kerana keadaan cuaca yang tidak menentu. Pesawat MH 160 yang kami naiki berlegar-legar di ruang udara mencari ruang yang selamat kerana cuaca yang agak buruk sebelum dapat mendarat dengan selamat di Jinnah International Airport, Karachi jam 4.15 petang, 7.15 waktu tempatan.
.
Proses untuk keluar dari lapangan terbang Karachi sekali lagi diuji. Kami tidak dibenarkan memasuki Pakistan kerana tidak mempunyai visa! Kami diarah untuk bertemu seorang pegawai atasan imegresen untuk pemeriksaan lanjut. Jegilan mata pegawai mengecutkan sedikit perut kami yang terpaksa menerangkan secara terperinci tujuan sebenar kedatangan kami ini.
.
Walaupun pada asalnya kami hanya mengatakan bahawa tujuan asal datang ke sini untuk melawat sahabat handai dalam masa seminggu. Pegawai tersebut dengan tegas mengatakan kami tidak layak untuk masuk ke negaranya kerana tidak mempunyai visa. Kami cuba menerangkan misi dan tujuan sebenarnya selepas itu. Beliau meminta dari kami apa-apa dokumen jemputan atau surat kebenaran untuk misi yang bakal dijalankan.
.
Salinan surat kepada kedutaan Malaysia di keluarkan. Isi kandungannya Bahasa Melayu. Pegawai tersebut nampak agak berminat membaca surat tersebut. Mungkin logo Global Peace Mission menarik perhatiannya. Beliau hanya bertanya siapakah gerangan nama yang tertera pada surat itu. Apabila diterangkan kepadanya bahawa surat tersebut adalah untuk wakil duta Malaysia di Karachi, beliau mula berubah cara layanan.
.
Kami diarah mengisi borang visa. Walaupun tersangkut hampir 1 jam di bahagian imegresen kami di beri laluan istimewa selepas itu. Barang-barang keperluan tidak lagi perlu diperiksa. Alhamdulillah.
.
Suasana di Karachi petang itu agak muram. Hujan lebat yang menyambut kami menyebabkan jalan-jalan utama di kawasan tersebut agak sesak. Kenderaan berpusu-pusu dari semua arah. Dr.Syed yang menyambut kami bersama Dr.Halim dan seorang pemandu membawa kami menyelusuri jalan untuk menuju ke penginapan sementara kami.
.
Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pelbagai karenah kenderaan dan manusia yang sangat menyayat hati. Saat ketika kenderaan kami berhenti di lampu isyarat seorang perempuan tua mengetuk tingkap mengharapkan simpati. Kanak-kanak kecil juga kebanyakan melakukan kerja sedemikian.
.
Jalan-jalan raya kebanyakannya masih ditenggelami air. Kotor. Itulah perkataan yang sesuai digambarkan bagi negara yang sedang ditimpa bencana ini.
.
Setelah mengisi perut untuk berbuka, kami terus ke penginapan sementara di bahagian North Karachi. Belum sempat pun menghela nafas keletihan kami di beritahu bahawa sistem elektrik akan dimatikan bila-bila masa.
.
Bertemankan cahaya lilin, kami bersiap-siap untuk berbincang perancangan yang bakal dilakukan pada esok hari. Kami terpaksa berdepan dengan suasana begini walaupun agak terkejut pada mulanya. Kami juga di fahamkan elektrik di Karachi ini terpaksa dicatu 3 kali sehari. Sekali di waktu siang dan 2 kali pada waktu malam. Sekali catuan sekurang-kurangnya satu jam!
.
Untuk berdiskusi dengan hanya bercahayakan lilin dan haba panas di rumah menyukarkan pergerakan kerja kami. Setelah bersepakat, aktiviti malam ini ialah menguruskan bayaran makanan dan urusan mencari pengankutan bagi memudahkan perpindahan makanan dari kedai ke tempat penginapan sementara kami.
.
Alhamdulillah, 600 bungkus pek makanan berjaya dikumpulkan untuk diedarkan pada hari esok. Di waktu rakyat Malaysia seronok meratah lemang dan ketupat, masih ramai lagi saudara seagama kita di sini berbaring di kaki lima merenung jauh nasib mereka. Hari raya yang bakal disambut pada hari Sabtu di sini mungkin tidak seindah kita di Malaysia.
.
Semoga kita menjadi insan yang selalu bersyukur.
.
Salam Satu Syawal dari kami di Karachi, Pakistan.
[maaf tak dapat balas msg yang berpusu-pusu masok, maaf zahir batin]
p/s: gambar kan dimuat naik kemudian…internet pakistan beb bukan tanah melayu..huhu
Letihnya Puasa (“,)
.
.
Jom sahur…kalau tak….nanti jadi camni….
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rasulullah saw bersabda :
“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah).
Malam
.
Alhamdulillah.
Ali melangkah keluar masjid.
Ramai anak muda remaja yang sihat tubuh badan sedang bergelak ketawa di atas motosikal.
Dia berjalan menuju ke rumahnya.
Dalam perjalanan…………
Kelihatan di suatu sudut kedai mamak, anak-anak muda Islam yang juga sihat tubuh badan sedang bergembira tanpa mengira jantina. Bertepuk tampar,menghisap rokok dan berbual kosong.
hmm…
Masih berjalan.
Riuh rendah di hadapannya sekumpulan kanak-kanak berlari-lari sambil bermain mercun. Jelas kelihatan di tangan mereka pemetik api, mancis, surat kabar dan sebagainya.
hmm…
Terus berjalan.
Anak-anak dara berkumpul di hadapan rumah dengan pakaian ‘separuh bogel’ sedang bermesyuarat. Tanpa rasa malu dan segan dengan keadaan sekeliling yang sedang memerhatikan mereka.
hmm..parah..
Ali tiba di zon selesa..rumahnya..sambil berfikir keadaan kampungnya.
Ali berdoa.
Ya Allah……
Siapa yang akan memperbetulkan suasana ini.
Maafkan aku Allah..bulan mulia Mu dicemari..
Berilah aku kekuatan untuk membantu mereka.
.
.
“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(At-Tahrim: 6)
Tersirat Tersurat Tersarat Terserat Tersorat Tersyrat
Semut menyimpan gula
Kelkatu membawa terbang
Semut menyimpan lagi
Kelkatu masih sepertinya
Dia bukan hanya lapar dan dahaga sahaja.
.
.
Perlukah keladi disiram lagi?
Popia
.
“Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.”
Jalan Menuju Ma’rifah
.
Ibrahim Ibn Adham adalah seorang sufi terkenal pada abad 3 Hijriah. Suatu hari dia pernah didatangi oleh beberapa orang tetamu yang soleh.
“Tuan-tuan Syeikh yang sangat saya hormati!, bimbinglah aku hingga dapat takut kepada Allah seperti kalian takut kepada-Nya.” Kata Ibrahim bin Adham.
Mereka menjawab: “Wahai Ibrahim bin Adham, ada tujuh perkara yang harus kau ingat dan kau amalkan dalam usahamu mendekatkan diri kepada Allah.
Pertama: Jangan berharap dapat memperoleh hati yang terjaga, jika anda banyak bicara tanpa manfaat.
Kedua: Jangan berharap memperoleh ilmu dan hikmah, jika anda banyak makan.
Ketiga: Jangan berharap akan memperoleh manisnya rasa ibadah, jika anda banyak menghabiskan waktu duduk dengan manusia lain.
Keempat: Jangan banyak berharap akan dapat memperoleh khusnul khatimah pada akhir hayat, jika anda terlalu cinta kepada dunia.
Kelima: Jangan berharap akan memperoleh hati yang sentiasa terjaga, jika anda jahil dalam ilmu pengetahuan.
Keenam: Jangan berharap akan memperoleh istiqamah dan kemantapan dalam menjalankan kewajipan agama jika anda memilih bersahabat dengan orang zalim.
Ketujuh: Jangan berharap akan memperoleh redha Allah, jika anda mencari keredhaan manusia.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Hasil nukilan Ustaz Abdul Salam Basok Al-Haj dalam bukunya “Menyingkap Peristiwa dan Keistimewaan Sirah Kehidupan Nabi SAW, Sahabat dan Ahli Hikmah” edaran PUSTAKA ILMI yang ditaip semula dengan kelajuan yang sederhana untuk peringatan bersama. Semoga bermanfaat.
.
Misi Rahmatan lil Alamin
Tawar Senyuman
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, sungguh
akan.Kami tunjukkan jalan-jalan Kami.”
(Al-Ankabut: 69)
.
Rasullullah bersabda :
“ Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu di dalamnya, iaitu kesihatan dan waktu lapang.”
.
Alhamdulillah.
Syukur yang bukan hanya mudah dilantun oleh lidah tetapi perlu diresap di dalam hati. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.
.
Malam ini terasa begitu cepat berlalu. Pelbagai perkara bermain di minda. Gurauan mereka terasa begitu berharga dalam masa sesingkat ini. Bantu sahabat-sahabat ku dalam meneruskan perjuangan Ya Allah. Kau berikan ku nikmat perkenalan ini. Mereka cukup istimewa.
.
.
Maha suci Allah, hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, akhirnya perjalananku di Syria sudah sampai ke penghujungnya. Kalau dalam filem, hero dah kalahkan semua orang jahat dan akan menunggang kuda untuk balik berkahwin dengan heroin. Contoh je la.
Erk..Apa kaitan???
.
Alhamdulillah
.
Begitulah al-kisahnya, berat hati untuk meninggalkan sebuah tempat yang pernah didoakan oleh Rasullullah untuk keberkatannya. Bersemadi di dalamnya kekasih-kekasih pilihan Allah. Mungkin tempat yang aku sedang duduk menaip ini pun suatu ketika dahulu pernah dilalui oleh para sahabat dan tokoh Islam yang bekerja keras demi menyebarkan dakwah.
.
Alhamdulillah
.
Pelbagai perancangan yang dilakukan di Malaysia sebelum aku sampai di sini mungkin tak tercapai keseluruhannya. Tetapi bila direnung kembali rasionalnya aku tersenyum sendirian. Sungguh cantik perancangan yang Allah aturkan untuk aku. Pelbagai kaedah Dia mengajar aku. Semoga semua ini menjadikan aku lebih kuat dalam meneruskan hidup untuk terus istiqamah di jalannya. Amin.
.
Alhamdulillah
.
Walaupun hanya dalam tempoh yang cukup singkat, kenangan berada di sini akan sentiasa tersimpan kukuh di dalam hati.
.
Alhamdulillah
.
Berat tangan untuk menaip edisi kali ini walaupun idea mencurah-curah. Huuuuuuu… T_T
.
“Awat touching sangat ni mohd shazni uiii?? Adeh….”
.
Terima kasih Ya Allah atas peluang ini. Terima kasih ahli keluarga, sahabat handai yang banyak memberi sokongan moral, membantu dan menyokong kembara ini. Akan aku selitkan doa yang terbaik buat kalian semua. =)
.
Alhamdulillah
.
Selamat tinggal Syamsiah Syam… Bumi yang memberikan seribu satu makna buat diri yang sering alpa. Doakan perjalanan aku esok selamat sampai. Moga dipermudahkan olehNya.
.
“Allah mengeluarkan kalian dari perut ibu kalian dalam keadaan tidak
mengetahui suatu apa pun dan Dia memberi kalian pendengaran, penglihatan, dan hati,
agar kalian bersyukur.”
(An-Nahl: 78)
.
.
Misi Rahmatan lil Alamin