Suatu Masa Dahulu

gg

.

Pada suatu petang, aku bersama kawan-kawan bercadang untuk pergi mamanjat bukit. Di puncak bukit itu letaknya suatu tempat yang dipercayai suatu ketika dahulu menjadi saksi pembunuhan pertama di bumi.

.

yy

Habil dan Qabil. Kisah yang terkenal, akibat sifat cemburu, dendam dan hasad dengki akhirnya pembunuhan menjadi penyelesaian.

.

Aku tak sempat nak mengkaji sejauh mana kebenaran tempat ini. Tetapi menurut seorang rakan para pengkaji bersepakat bahawa di sinilah tempatnya dua orang putera Nabi Adam itu bergaduh dan akhirnya seorang daripada mereka iaitu Habil terkorban.

.

Mungkin jikalau ada yang mengetahui kisah ini dengan lebih tepat boleh menegur kalau aku tersalah fakta.

.

po

Kata kawanku, batu yang anda lihat sedang terbuka itu ialah mulut yang ternganga atau terlopong akibat terkejut melihat pembunuhan pertama yang berlaku di bumi. Cuba lihat betul-betul ke arah batu itu. Anda akan dapati ianya betul-betul seperti batu yang mempunyai mulut yang sedang terbuka dan ada lidah kecil di dalamnya.

.

uy

Di hadapan batu ini terdapat air yang sedang menitik dari atas. Hanya satu tempat sahaja yang terdapat air menitik. Mengapa? Menurut kata kawanku lagi, setelah batu itu terkejut melihat pembunuhan itu, maka ia sangat marah dan ingin menghempap batu yang besar ke atas Qabil tetapi tidak sempat kerana Malaikat Jibril telah datang dan menahan batu itu. Kesan dari tempat yang Malaikat Jibril itu menahan akhirnya keluarlah air dari tempat itu sehingga kini.

.

Haaaaa….amacam??? boleh faham ke?

.

uu

-Batu yang  dipercayai digunakan ketika kejadian pembunuhan itu-

.

Yang pentingnya ayat terakhir kawanku yang rancak bercerita itu mudah sahaja untuk dijadikan kesimpulan.

.

“Yang benar itu daripada Allah, yang lain-lain tu mungkin hasil cerita-cerita dari senior kepada junior kepada junior kepada junior yang turun temurun yang dapat dari pak arab penjaga tempat tu”

.

Mungkin ada kitab-kitab yang menceritakan kisah ini secara terperinci. Hanya aku yang masih belum temui kebenarannya. Mahukan lebih pengetahuan? Rajin-rajinkanlah mencari maklumat.

.

“Dan mereka memikirkan tentang perciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka”.

(Ali Imran: 191)

.

Misi Rahmatan lil Alamin

May 22, 2010Permalink Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *