.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
” Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) mempercepatkannya.”
( Surah Al-A’raf ayat 34 )
.
Memikirkan hal ini terasa begitu banyak himpunan dosa selama ini. Sebelum mata terlena selamanya, sebelum badan berehat tanpa kerja, sebelum pintu taubat tertutup akhirnya izinkanlah aku memohon kemaafan buat semua pembaca mohdshazni.com dan kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri ini.
.
Mungkin selama hidup di dunia ini aku terbuat salah, terguris perasaan, terkurang adab, terkurang bahasa dan banyak lagi lah secara sedar ataupun tidak yang menyebabkan malaikat di sebelah kiri membuat catatan, aku mohon kemaafan. Semoga dengan kemaafan anda semua memberi kemudahan untuk aku hidup di dunia ini dan memudahkan perjalanan di alam yang kekal abadi.
.
“Ditimpakan ke atas mereka kehinaan di mana-mana pun mereka berada (tanpa kemuliaan dan keamanan) kecuali (mereka berada) dengan tali (agama) daripada Allah dan tali (perdamaian) dengan manusia”.
(Ali ‘Imran : 112)
.
Misi Rahmatan lil Alamin