Pada suatu hari, Sayidatina Fatimah mengadu kepada suaminya, Sayidina Ali bin Abu Talib, tentang kesakitan pada tangannya kerana terlalu letih gara-gara menggiling gandum untuk membuat roti.
Sayidina Ali berkata “Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang.Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu”.
Sayidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.Bagaimanapun, Rasulullah sallahu’alaihi wasallam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu.
Lalu Baginda pergi menemui puterinya serta menantunya itu.Baginda berkata “Apa kamu berdua mahu aku ajarkan pekara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripada ku?Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah Subhaanallaah 33kali, bertahmidlah Alhamdulilaah 33 kali dan bertakbir Allaahuakbar 33kali.
Ia lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam”
Inilah penawar ringkas yang Nabi ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringkan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.Saiyidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah itu.Katanya “Demi Allah, aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepada ku”.
Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Subhanallah 33 kali, bertahmidlah Alhamdulilah 33 kali dan bertakbir Allahuakbar 33 kali pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah, InsyaAllah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan hidup harian kita.Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.
Mafhum Sabda Rasulullah.
“Sebarkan lah ajaran ku walaupun satu ayat, Nescaya Allah memperbaiki bagi mu amalan-amalan mu dan mengampuni bagi mu dosa-dosa mu.Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar”.